Friday, April 3, 2009

Sijil STPM atau MUET Hilang

Kehilangan Sijil STPM


Calon yang kehilangan sijil STPM boleh memohon kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan penyata keputusan yang disahkan atau salinan sijil. Permohonan melalui pos hendaklah disertai salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kumpulan A.

(a) Bagi permohonan mendapatkan penyata keputusan, caj sebanyak RM20.00 akan dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga. Bayaran hendaklah dibuat dengan Kiriman Wang atau Wang Pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon penyata keputusan peperiksaan STPM/Ujian MUET.

(b) Bagi permohonan mendapatkan salinan sijil, calon akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon salinan sijil STPM.

Alamatkan permohonan anda kepada:

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan
(u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM / MUET)

No comments:

Post a Comment

Add Your Ads Here!

交友: