Friday, April 3, 2009

Sijil Hilang - MCE, SPM, SAP, LCE, SRP, PMR, GCE, OSC DAN FMC

KEHILANGAN / KEROSAKAN SIJIL BAGI SIJIL-SIJIL MCE, SPM, SAP, LCE, SRP, PMR, GCE, OSC DAN FMC
Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan Malaysia tidak akan mengeluarkan sijil atau keratan
keputusan baru untuk menggantikan yang hilang, rosak dan sebagainya. Lembaga Peperiksaan
Malaysia hanya boleh mengeluarkan satu salinan Pernyataan Keputusan Peperiksaan yang sah
setelah tuan/puan mematuhi peraturan-peraturan di bawah ini:
a) Jika tuan/puan telah kehilangan Sijil, tuan/puan dikehendaki mengemukakan SALINAN ASAL
Surat Akuan (Surat Sumpah) yang dibuat di Mahkamah dan/atau Salinan Laporan Polis yang
mengesahkan kehilangan sijil. Di dalam surat akuan tersebut sila catatkan butir-butir seperti
berikut:
o Nama penuh yang telah digunakan pada masa peperiksaan
o No. Kad Pengenalan lama dan baru
o Tarikh Lahir
o Nombor Pusat / Angka Giliran dan Nama Sekolah*
o Nama dan Tahun Peperiksaan
o Keputusan Keseluruhan dan Pangkat Sijil diperolehi
 Sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri /sekolah terlebih dahulu untuk mendapatkan butirbutir
tersebut.
 Jika tuan/puan mempunyai salinan slip keputusan tersebut, sila lampirkan untuk rujukan.
b) Tuan/puan dikehendaki menyertakan bayaran sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh
Sahaja) untuk satu salinan pernyataan yang dipohon secara Wang Pos (Postal Order) atau
Kiriman Wang Pos Malaysia (Money Order) yang dipalang dan ditulis untuk dibayar kepada
PENGARAH PEPERIKSAAN bersama-sama dengan Surat Akuan Sumpah ATAU Laporan
Polis. Bayaran secara wang tunai atau cek tidak akan diterima.
• Salinan Pernyataan Keputusan Peperiksaan akan dihantar kepada tuan/puan melalui pos
berdaftar. Sila pastikan alamat/poskod tuan/puan itu betul dan lengkap.
• Lembaga Peperiksaan tidak akan mengeluarkan salinan Pernyataan Keputusan jika didapati
mana-mana peraturan di atas tidak dipatuhi atau butir-butir yang diberikan tidak benar atau
tidak lengkap.
• Semua permohonan akan diproses dalam tempoh 1 bulan selepas permohonan lengkap
diterima.
• Semua urusan surat menyurat mengenai perkara di atas hendaklah dialamatkan kepada:
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS1,2,5-13, BLOK E11,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.
( U/P: UPMPD – PERSIJILAN )
Tel: 03-88843526 / 3528
• Mulai Tarikh 01 September 2005, Lembaga Peperiksaan Malaysia tidak memproses
permohonan pernyataan keputusan Peperiksaan STP/HSC. Semua permohonan hendaklah
dihantar terus ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
• Lembaga Peperiksaan menyediakan kaunter perkhidmatan menerima borang permohonan
yang dibuka setiap hari mengikut masa pejabat di Aras Bawah Blok E11, Kompleks Kerajaan
Parcel E, Putrajaya

Atau CLICK SINI untuk mendapatkan borang

Isnin – Khamis : Jam 8.15 pagi - 12.30 tgh / 2.00 ptg - 04.30 ptg.
Jumaat : Jam 8.15 pagi - 12.00 tgh / 2.45 ptg - 04.30 ptg.

No comments:

Post a Comment

Add Your Ads Here!

交友: